Jumaat, 23 Mac 2012

Zero popularkan lagu Anak Kampung

Sapa yang mula tau lagu ni masa tengok Raja Lawak? Hehe. Scha dengar lagu ni masa kumpulan zero yang nyanyi. Masa awal2 tu ingat kan lagu tu diorang yang reka sendiri. Lepas tu try la google, rupanya lagu ni memang dah femes kat negeri Sabah.. Suka dengan lirik dia yg bersahaja. Jom tengok





Haa camna? Best kan. Lagi2 masa tengok Final Raja Lawak hari tu. Zero ni memang suka betol nyanyi lagu ni. tambah pulak dengan Zizan yang turut tertarik dgn lagu ni. Haha.. Suka tengok Jozan dgn semangatnya nyanyi sekali. Anyway kumpulan Zero memang bagus la, memang diorang lah yang perkenalkan lagu ni. Sebelum ni lagu ni bnyak popular dari kalangan Sabahan je. Skarang banyak dah orang tau sejak tgk Raja Lawak la ni!


LIRIK LAGU ANAK KAMPUNG - JIMMY PALIKAT

 
Memang aku ini anak orang miskin
Tiada apa-apa yang dapatku berikan
Engkau memang cantik memang tidak padan
dan tidak sepadan

Aku anak kampung tiada pelajaran
Kuli kuli sahaja memang tidak padan
Cantik bha kau itu banyak yang tergoda
lagi orang kaya
Chorus
Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
Rumahku pun tiada ada pun bapa punya
Apalagi belanja mahu bayar berian
kahwin sama kamu
Bukannya ku tidak suka sama kamu
Tapi aku takut hidup kau kan sengsara
Kerana aku cinta
Aku lepaskan kau sama
orang lain
Engkau masih muda cantik lagi menawan
Janganlah kau cari lelaki macam saya
Engkau memang cantik
Nanti kau menyesal tiadalah guna






Haha serious best!






 Untuk sapa2 yang tak tengok Raja Lawak hari tu, korang tangok video ni. memang happening gila. Best tengok Zero dengan Jozan nyanyi lagu tu. Lagu ni humble ja dengan lirik dia yg bersahaja, Riang je. Kan kan? Lagu2 dari Sabah ni memang best kan. Macam lagu gunung kinabalu tu. Scha mula tau masa pegi kem pegakap. pengakap dari Sabah la yg nyanyi lagu tu. 



blablabla : Tak pernah sampai lagi Negeri Sabah..






Kedatangan yang tak diundang..

Pada hari selasa yang lalu, mood buat karangan bm tak habis lagi.. Hihi. hari Selasa haritu, masa subject Kemahiran Hidup, cikgu suruh la pegi bilik ppsmi. Dalam tengah mood punya fokus nak menulis nota tu, tiba2 je dengar Hanim cakap.. 

"Cikgu.. saya nampak ulaq masok tadi kot tingkap tu.."


Mau tercabut jantung dengar tu. Haha, dah la scha dk depan2 tu, macam mana la boleh tak perasan pulak. Terkejut makk! Ingat hanim cuma nak tanya apa2 ja kat cikgu. tak cemas langsung. Hahah. lepas tu mau tau la, semua pakat lari p belakang dulu. Dan cikgu lah yang awal2 aku tgk lari tu. Haha. ada yang pakat berdiri atas kerusi. punyalah takut. Gila kelakar bila ingat balik muka sorang2 waktu tu. hahahaha.


Al maklum la, bilik tu dekat sikit dengan hutan. Bukannya dekat dengan hutan, tapi dahan pokok tu kan besar, dia sampai la kat tingkap bilik tu. Aku pn sempat tengok ular tu, Haha. masa tu dia tgh berlingkar kar komputer. Panjang gila aku tgk dy berjalan, dari kepala sampai la ekor tu. Tapi ular tu tak berbisa pon kot. Ular biasa je. tapi tak kira la biasa ke, kecik ke. Asal nama ular je dah buat aku ketar. Haha.. 


 


Tapi lepas tu, ntah masa bila pulak dia keluar. tak nampak pon.. Haa entah2................


Kihkih. Jadi macam tu lah ceritanya.. beberapa minit lepas tu, keadaan dah kembali pulih seperti sediakala.. cikgu pn dah bole relaks.. Haha, kelakar2.. 




Berhati-hati lah dijalan raya..

Aiseh tajuk entri hari ni kemain lagi kan.. Hehe sebenarnya kemaren. Hari sabtu, aku ada tution BI kat skolah. Dari pukul 8 sampai 12. Macam biasa lah kan. Lepas tu, nak dijadikan cerita, budak2 tu pn mintak lah nak rehat kat teacher. Teacher pn bagi.. Kitorang pn kuar la jap, ronda2 area skolah tu. Scha,UmieEyraHuda, Anis, Myra, Aien dengan Zaharah. Hihi cukup la lapan orang. 4 motor. 


Lepas tu.. *baca dengan nada saspen okeh. Ha lepas tu, kiorang ronda2 la kat area tu, ala saja2 je boring, nak habiskan masa je. Sementara tggu dorang semua makan kan. Bila nak balik tu, nampak la satu kereta putih tu, Wira kot tak silap, punya lah laju. Biase la kan. Pastu haa tiba2 jee..

.

.

.

.

.

.

.

gedebanggggggggggggggggggggg* bunyik eksident


Haa kan betul firasat aku. Dah cakap dah ada benda tak kena nak jadi. Scha terkejut gila, serious tak penah tgk eksident kat depan mata sendiri.. Mintak dijauhkan la dari kita kan.. Dalam hati ni mmg ingat tu kawan scha yg tadi, zaharah dgn aien. Sebab rsanya memang nampak baju tu sama kaler dengan zara punya baju. Tapi tgk je kat blakang, Zara dgn aien ada. Eyra dgn huda pn ada. Fuhh selamat.. Nasiblah bukan kawan2 ku yg tersayang ni.. ketar kot, sbb scha masa tu baru je lalu kat kawasan tu. Baru sangat. 

 

Tapi yg eksident tu pon kire kawan scha jugak. Pija dengan Asma. Nak cakap salah kereta tu pon tak boleh jugak. mmg lah salah bawak laju. Tapi yg Asma dgn pija tu kan kenapa tak tgk dulu sebelum nk lintas kan? Ha sebab dorang pg kedai senanye, nak pusing balik skolah la kan. Sepatutnya kalau dorang tgk, mestila nampak keta tu tgh laju kan. Jangan la lintas lagi. Kadang2 dorang ingat sempat kot nak lintas tu, kalot sangat.. Cube tggu skejap, tak jadi apa pon la haih. Haa tulah, sbb t lah slalu org pesan berhati2 di jalan raya.. Tapi benda dah nak jadi kan.. 

 


memang ramai orang masa tu.. Tapi takdak pon yang mai tolong.. yg dk tengok dari jauh ja banyak. Heheh.. tak pe la yang tu. pija tu teruk jugak, calar2.. Koyak semua seluar. Yg Asma pulak mmg lah tgk takde luka, tapi patah paha. Nak dijadikan cerita, ayah Asma pulak kebetulan lalu kat situ..  dia terus bawak pegi hospital la. Alhamdulillah la tak jadi apa2 yg teruk sangat. tu la kan. mintak simpang..Takda apa la lepas tu, sambung balik tution macam biasa. bila dah jadi macam tu, kan dah kena tinggal sekolah..  So moral of the story, Ingat lah orang tersayang~ Berhati2 lah di jalan raya okehh. Untuk pija dan asma, semoga sepat sembuh!  Chaw cin cau~



p/s: sebenarnya entry ni update masa seminggu yang lepas. tapi lupa nak publish. Haha

Rabu, 14 Mac 2012

Menu Wajib Setiap Hari Rabu

Tengah type entri sambil tengok Atas Nama Cinta dan sambil hirup milo ais sedap. Kihkih. Hari rabu adalah hari pasar malam kat naka ni.. Dan setiap hari rabu lah makanan ni wajib ada. Alaf 21 Mempersembahkann..

Jeng jeng jenggg

*drumroll






Perghhh, sedap kan. Hihi.. So inilah menu wajib scha setiap kali pasar malam. Tak sah okay kalau tak beli nih. Potato Spring.. Setiap kali makan ni jugak lah scha ingat kenangan kat jambori Malaysia kat Terengganu tahun lepas. Tiap hari makan ni sambil sembang2 kat depan khemah. Dah la cuaca masa tu pon sejuk je.. Hujan tak berenti.. Pastu ingat lagi makan Potato Spring sambil tgk orang buat Flying Fox tu.. Wuwuu,kenangan terindahh~ Rindunyaa



Wordless Wednesday

Ahad, 11 Mac 2012

Sekali skala layan COCO GIRL pon best jugak..

Tengah layan game tu lah pada saat sebelum type entri ni. Lepas tu tetibe idea datang. kihkih, layan kan ajee. Ni semua adik scha punya pasal lah ni, dia yang suruh aku main game ni. Scha pon try je la, haha.. Habuan bosan gila2 masa cuti sekolan bulan 12 tahun lepas tu. Ni cuti je baru bukak balik. Best jugak sebenarnya. Haha.




Cantik tak scha? Hihi. Tulah scha. Tu outfit untuk hari ni. Saje nak bagi ala2 princess. Letak crown bagai. Sekali skala layan best jugak apa. Game dia sebenarnye macam ni, Hari2 kita kta bole tukar baju ikot suke kite lah, pastu dapat lah duit. yg scha punye 12,307 tu. Perghh banyak kan. Haha. Pastu kena tukar outfit ikot tema yang dia bagi. Mcm scha kat atas tu, dia suruh pakai mcm untuk je pertunjukan fensyen laa. Gempak kan? Haha.. Ade ke org nak baca entri ni? Kihkih


Bila kita dah dapat duit semua, bole la pegi shopping! Jangan memain ni, dress, baju2, heels kat sini semua cantek2 woo. Design pon mantap2 okeh. Mmg patut lah aku layan. Mane lah nak merasa pakai baju2 cmni, dalam ni bole la. Mcm2 gown dah jadik collection. Haha. itupon jadi keje lah scha oi. So jom kite tgk mall2 yang boleh kita shopping! Banyak tau. Harga dy pn berpatutan. Haha. macam forever alone jek, takde life ke hape. HIhi.. takde nyee lah, saje2 layan..



Haa amacam? Alangkah indah nye hidup kalau scha boleh beli baju cantik2 dalam sekelip mata je mcam ni! Haha. Jom masuk mall ni pulak. Kite tengok ade apa kat dalam. 



Haa amacam? Semua fashion terkini ada kat sini okeh. Kelabu mata aku nak pilih. Banyak lagi yg cantik2. Tapi malas la nak print screen banyak2. Dia ada semua jenis baju ok. Tshirt, dress, gown. Accessories semua lah. Macam2 adee.  Scha nak tunjuk baju2 yg scha dah pakai pulak. Kihkih. Ape pon tak bole..





Ni pulak dok umah je. Simple




Yang ni masa ada hockey lesson. 


Rambut ni aku suka!

 





Ni masa scha ada appoinment bussinessman kat airpost. Kelas kau scha. Haha



Kat office pon mantain gojes okeh.


Hehe. Sudah2 la tu. Best kan best kan? Haha. layankan aje.. Best apa tengok baju lawa2.. Kihkih.


Blablabla : Harini ade kucing baru lagi sekor!

Sabtu, 10 Mac 2012

Sekolah punya pasal

yuhuu im back! Ade lagi tak orang yang kenal scha? Haha. lama gila scha tak update blog. Hari2 check, cuma xsempat je nak update. Tulis sekerat je pastu tinggal mcm tu je. Mood x datang. Haih.. Ni cuti sekolah! Wehuu baru lah sempat nk usha blog kesayangan ni balikk.. Fuh fuhh tiup sawang2 kat sini.. hekhek. Jeles je scha tengok org lain gigih update blog diorang dgn mcm2 cerita. sobss

Takde idea pon nak tulis ape sebenarnye, tapi kena update jugak. First entri untuk bulan march. February pn ada 3 entri je. kihkih.. Busy kot. Yelah sekolah ni, mana nak boleh online lama2.. Ni nak cover balik. Result pksm 1 dah pon dapat, cuma BI je belum dapat. Ape yg bole aku cakap, ok laa. At least meningkat la sikit dari tahun lepas. kihkih. Seriously, tahun lepas sikit pn aku xserius even exam ape pn. Teruk betol. Tahun ni lah baru nak kalot..


So pksm 1, dah dapat C untuk science. Haih masalah betol. Scha dari sekolah rendah, Science mesti rendah. Ingat bole la dapat A exam ni.. huhu.. Yg lain tu, ok la.. Math lagi satu. pksm 1 pon exam dah susah. time buat latihan bole je, naik exam soalan susah2 pulak. Yg satu lagi pulak, yg tak susah, aku pegi menyusahkan lg soalan tu pulak. Yelah kdg2 ada soalan tu punye panjang, sbenarnya jwapan dy kena tolak je. Haih salah kat tempat mcm tu la rase mcm nak ketok kpala sendiri. careless. 




Yg lain tu takde masalah sgt bagi scha.. InsyaAllah boleh kot kalau usaha. Kena usaha lebih la kan. Takpelah, untuk pksm ni dah lepas pn.. Ok la, asalkan lbh tggi dari tahun lepas. hihi.. Untuk next pksm ni, kena bg lagi lebih la kan.. Rajin scha, rajin! Chaiyok2! Hihi.. Minggu ni full tution.. Tahun lepas bole la aku honeymoon.. 


blablabla : Esok tution BM dgn PI , pkl 8 smpai 12..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...