Selasa, 31 Mei 2011

Himpunan Sejuta Belia | Jambori Pengakap 1 Belia 1 Malaysia | Super Junior M @PUTRAJAYA

.


wahh, panjang ye tajuk! hehe.. Act, semuanya berkenaan dengan Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya pada 27 - 29 Mei baru baru ni.. gempak lah jugak. yang gempaknye dapat tengok Konsert SUPER JUNIOR M free.. ekeke.. tak dapan dok depan pon takpelah, yang penting dapat tengok..


Jambori Pengakap tahun ni sangatlah sempoi. langsung takde aktiviti, kitorang hanya jalan2 sekitar booth2 dekat Himpunan Sejuta Belia ni.. dari pagi sampai lah malam semua aktiviti bebas.. memang seronok lah! untuk kontigen Kedah seramai 874 peserta yang ikut.. itu baru kedah, belom lagi kontigen negeri2 lain.. memang sekitar situ, jalan mane pon mesti jumpe bebudak Pengakap.. 





camping ditengah bandar 


 















ok, yang ni memang hot! with Zain Saidin yang handsome gilerr! putih giler dy ni, dah le pakai tsirt putih.. alahaii, cool sangat~ orangnye pon peramah bukan main.. LIKE





 kenal tak ni sape? korang tengok JUVANA kat tv3 tu? ok, ni lah kawan botak tu.. nice jugak..




 Tomok <3








Scha sebenarnye tak penah minat pon, super junior sumer ni.. tapi bile tengok  konsert dorang malam tu, not bad laa.. ekeke.. kene minat jugak ni.. hehe.. tak dapat duduk depan, sebab malam baru boleh keluar.. jadi bile dah pegi, of coz lah dah penuh.. tapi member beria ia nak tengok, tengok je la.. tarik kerusi tindan2, xdapat nak tgk dorang atas pentas.. dapat nengok kat screen je.. ok lah tu.. memang terbaekkk la!





 
diorang panggil peminat naik atas, tanye soalan.. lepas tu, sorang2 dapat peluk wooo.. hehe.. jeles! mane aci, nak jugakk! haha.. tak mandi2 lah kawan tu.. baju tu sangkut letak frame.. haha





scha nak letak video, tapi lembab giler, laen kali la scha letak ea? scha tak sempat nak tgk lagu sory2, sebab lagu tu last skali.. cikgu mesej suruh balik, kang tak sempat ikut time, denda laa..







itu saje lah untuk kali ni.. terbaek la camp ni! 


Khamis, 26 Mei 2011

Life Is Cun berehat Selama 5 hari ~

.


semenjak dua menjak ni blog ni suram je.. hee. bsy lah dengan exam.. tadi baru habis.. malam ni pulak pegi camp dekat Putrajaya 5 hari.. takpe, balik ni kan cuti.. tunggu je laaa.. hehe..

Ahad, 22 Mei 2011

JAMBORI 1 BELIA 1 MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA MALAYSIA 2011

.

Ade sape sape join? Scha join. 27 - 29 MEI 2011 di Putrajaya.. Banyak aktiviti yang diadakan.. Jom tengok! ^^

Pentas Jaguh 1Malaysia

Expo Pendidikan KPT dan MBM

Jom Heboh Edisi Hari Belia Negara

Permainan Cak Lempong 36 Jam

Konvoi Transformasi Belia KBS / MBM

Tadarus Al-Quran

Jambori Pengakap

Futsal

Autoshow & Car Drift (bersama pelumba GP Malaysia)

Cubprix Motorsport

Golf Miniture

Karnival Seni

Pameran Hari Belia Negara

Ramah Mesra bersama Artis Media Prima

Malaysian Book of Record

Acara Berbasikal & Bengkel

Larian Ekiden Antarabangsa Malaysia 2011(klik sini untuk maklumat lanjut)

JOTA & JOTI Hari Belia Negara 2011

Lintasan Pesawat Ultralight


lokasi perkhemahan dekat Masjid Sultan Mizan / Masjid Besi.. Ade lagi kot aktiviti yang lain.. ini je yang scha tahu.. scha termasuk dalam Jambori Pengakap tu.. entri ringkas je la, nak study ni.. besok exam Sejarah, adoii =='

p/s: sape ikot jugak, komen laa :)


 p/s: Happy Birthday Sis Yuyu Zulaikha ! I wish you  a happy and cheerful life ahead :)
.

Sabtu, 21 Mei 2011

Internet Problem. grr

.

nak update cepat2 ni.. line internet problem lagi.. tak larat nak call dah.. haihh.. blog lame tak update dah.. trafik pon turun.. huhu.. japgi nak pegi tgk Nur Kasih pulak.. tu saje. byebye!

Sabtu, 14 Mei 2011

Bila Blogger.com Dan Facebook buat hal


         

Fuhh, Akhirnya blogger.com dah boleh bukak! 


bisinglah blogger2 kat Facebook semalam, cakap apesal blog tak boleh bukak la.. tak ketinggalan jugak yang mencaci maki blogger.com ni. ade jugak yang nak tukar ke wordpress la, ape la.. Jangan cepat melatah :) memang la tak boleh bukak, tapi bukannyer tak boleh bukak sampai 4, 5 hari ke.. tunggu je la.. ade lah tu keje dorang nak buat :)


yang entri dan komen hilang tu pulak. Ade jugak yang follower hilang ye.. sabor je lah ye :) blog scha selamat je.. hehe.. semalam macam2 idea ade dalam kepala ni.. tapi memang bosan giler lah tak boleh tengok dashboard sumer ni.. 





 
Facebook pulak satu hal. Spam pulak yang menyerangnye.. yela, sifat manusia memang macam tu.. sifat ingin tahu yang kuat.. Tapi ape2 hal pon, kalau bende2 macam tu, paham2 je la kan.. tipu je tu.. Internet kat umah scha pulak macam chipsmore. kejap ade, kejap tak. haihh, lebih baik amek buku, bace.. exam dah dekat. hehe..

p/s : Happy Weekend ! ^^


Rabu, 11 Mei 2011

Nur Kasih The Movie

 




yuhuu, Selamat tengahari! wahh, lamenyer tak bukak blog tersayang ni.. lately, busy sikit sebab exam mid year kat skolah dah dekat & internet kat rumah problem sikit..

korang follow tak drama Nur Kasih yang TIZ ZAKIAH & REMY ISHAK tu berlakon? Alaa,mesti tahu drama ni kan.. memang best kan.. ni dah ade NUR KASIH THE MOVIE pulak. kat pawagam 19 MEI ni.. haa, wajib tonton ni.. ape kate korang bace ni dulu :)





Penghasilan filem ini bukan sekadar memandang kepada populariti sirinya tetapi ianya untuk memenuhi permintaan 19 juta pengikut siri Nur Kasih untuk menyaksikan kesinambungannya melalui filem. Rata-rata mereka menyatakan tidak mencapai tahap kepuasan maksima dengan episod terakhir siri tersebut. Ianya bagai tergantung dan meninggalkan persoalan yang tidak mampu mereka sudahi. Mereka mahukan lebih lagi. Sekali lagi kerjasama gabungan suami isteri yang telah berjaya mencipta karya indah ini dituntut untuk menyuntik lagi kekuatan cerita kegemaran ramai ini menjadi sebuah filem yang mendedahkan segala-galanya yang tersirat di dalam siri Nur Kasih.




Sekaligus bertindak sebagai penamat cerita, filem Nurkasih terbitan bersama Grand Brilliance, Film Scape Sdn Bhd,  dan Juita Viden Sdn Bhd ini masih mengekalkan tiga teraju utama untuk 3 watak penting yang berjaya meninggalkan kesan di hati penonton siri Nur Kasih. Penangan pembawaan watak-watak Adam, Nur Amina dan Aidil oleh Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz benar-benar memberi impak sehingga tercetusnya fenomena Nur Kasih di kalangan peminat siri drama di Malaysia. Pada mereka, kesungguhan dan kecekalan tiga watak ini menghadapi cabaran kehidupan menjadi sumber inspirasi dan tauladan.




Nur Kasih The Movie ini yang turut menjadikan Jordan sebagai lokasi utama penggambaran mengisarkan kehidupan 6 tahun kemudian 3 jiwa yang sentiasa diuji ini. Aidil yang sememangnya seorang lelaki yang tabah kini meneruskan hidupnya bersama dua anak kecilnya tanpa isteri tercinta disisi. Adam yang mula menjumpai jalan lurusnya, berusaha untuk mngekalkan laluannya tanpa menyimpang lagi dan Nur Amina, seorang gadis suci ini semakin kental melalui cabaran hidup sebagai seorang isteri. Ketiga-tiga jiwa ini masih memerlukan antara satu sama lain. Di saat getir seakan mahu memisahkan Adam dan Nur, Aidil setia diantara keduanya walaupun dirinya juga dihimpit kerinduan teramat. Masih adakah sinar bahagia untuk mereka bertiga akhirnya? Inilah perjalanan hidup mereka dalam usaha mereka mendapatkan pencarian sebenar erti kehidupan. Abadi selamanya.



Filem yang juga membawakan tema cinta sejati ini bakal ditayangkan untuk tontonan umum bermula 19 Mei 2011. Rasai satu kesyahduan indah bak bait-bait lirik lagu temanya, Nur Kasih, yang turut dinyanyikan kembali oleh Tiz Zaqiah, ‘Aku kembali kerana masih, mencari yang hakiki, sinar pasti, janji suci yang abadi…’ Filem ini akan membawa anda untuk berfikir sejenak apakah sebenarnya yang sudah anda lakukan sepanjang kehidupan ini, adakah anda menikmatinya atau sekadar membiarkan ia berlalu begitu saja. Yang jelas, setiap apa yang terjadi mempunyai hikmahnya. Hanya mata hati yang ikhlas akan dapat merasakan nikmat ujian yang diturunkan Tuhan.
  






dah baca? penuh dengan emosi kan.. mesti best sebab khabir batia tak penah menghampakan kot.. hee. tak sabar nak pegi tengok!



CREDIT TO :

Lagi Blog Review 2

.


Adoii, line internet kat umah lembab. kalau ade pon kejap ade, kejap tak. haihh.. tertangguh lagi blog review yang hari tu.. sabar la ye :') hee





  • blog ringan.. 
  • rasenyer, better warna font tukar bagi senang sikit readers nak baca.. atau nak lagi bagus, font tu pon tukar jugak.. :)
  • follower pulak better awak letak kat atas atau tempat yang senang untuk sesape yang nak follow tu..
  • komen pulak better buat popup window..
  • yang tu je lah.. yang laen sume dah ok :)
singgah SINI jom !

*****************************************************************************




http://waniemisamane.blogspot.com/

  • background comel!
  • blog berat jugak, tapi rasenyer, takde pape yang tak penting pon dalam tu.. sebab size 224.7 KB.. maybe boleh kurangkan lagi ape2 kat sidebar tu  ke :')
  • takde ape2 kekurangan dah.. entri pon best!
jadi ape tunggu lagi, Singgah SINI cepat !


*************************************************************************



http://diniedzai.blogspot.com/

  • ringan giler blog! Cepat je loading.. LIKE!
  • takde pape kekurangan, background sangat cantik! :)
  • itu saje la, dah carik mang sumer dah ok :) have a nice day !





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...